Friday

Dimsum

Salam dan hey semua...


Hari ni shida tak nak sembang pasal entry produk kecantikan....
kalau selalu sembang produk je opkos la nanti uolls rasa bosan kan?

Hari ini shida nak cerita sedikit tentang makan, kalau sebut pasal makan semua orang akan suka riang sebab benda ni perlu dititik berat!sebab pepatah telah mengatakan 
"people who love to eat are always the best people"

so bermakna orang yang jenis kuat makan ni ialah manusia yang paling terbaik,tambah pulak kalau uolls yang jenis suka makan "tambah" banyak kali akan mendapat gelaran "better in the world". tak semestinya kalau kuat makan akan bertambah lemak dibadan....kalau betul cara kita makan so insyallah akan sihat dan kurus!

"Greentown dimsum cafe"

"DimSum" sapa tahu tentang makanan ni?dimsum ialah makan kegemaran bagi kaum cina, so memang susah sikit la bila nak cari kedai islamic yang pandai buat dimsum ala stay cina ni...bila duk tanya kawan-kawan 

"sapa tahu kat mana kedai dimsum halal"
"entah la shida...tak pernah dengar pun, apa tue?"

gluppp,nampak sangat ramai yang tak tahu makanan sesedap tue...disebabkan sekarang segalanya dihujung jari so just "google je" 

tadaaa...
ni la dimsum yang dimasudkan shida...
masa makan ni kena cicah dengan sos tiram or sos cili manis, supaya bila makan akan rasa "sedap totkkkk"
yang paling sedap dimsum yang warna hitam tue, patut la bagi dua ketul je...
rupannya sedap sangat!

8 biji : RM11.90
4 biji : RM8.90
*macam-macam pakej ada*


selain dimsum cafe ni menyediakan makan "nasi"
kebanyakkan menu ala thai dan ala chiness,tapi masakan melayu pun ada terpulang pada uolls punya pilihan... makanan around RM7 keatas...walaupun nampak mahal dan nasi alahai ciputnya! tapi memang kenyang sangat, sampai ke petang pun still kenyang walaupun banyak kali ulang alik masuk shopping centre....>_<


masa order kat cafe ni sama macam kita order dekat old town,so tak perlu nak jerit-jerit panggil pelayan, nanti dia akan datang ambik borang order tue...
kenapa uolls wajib datang sini?
-->tukang masak original chiness islamic
-->halal & tak ada "cik bi" jangan risaw
-->harga yang sangat berpatutan dan layanan yang bagus

kedai ni berdekatan dengan "dataran ipoh" berdepan dengan seven eleven, senang je nak cari, kedai ni sentiasa penuh dengan custumer so pandai-pandai la uolls pilih time nak datang.... :')

ok,setakat ni je shida dapat share tentang makanan ala chiness ni...selamat menjamu selera
tadaaa...















No comments: