Wednesday

악의 AG-uii

salam dan hey semua....

Dah lama tak update tentang personal blog...untuk maklumat uolls yang follower atau silent reader, sebenarnya blog ni bukan sahaja menceritakan hal-hal produk tetapi juga menceritakan hal ehwal peribadi yang perlu dikongsi dan menjadi rujukan uolls....
memang dah lama tak update blog personal ini sebab laptop shida still ada problem dan harapkan PC office jer...tue pon  sempat post entry tentang produk jer...muuahhh!

syukur al-hamdullilah!
Finally shida dapat jugak bukak bisness dengan hasil titik peluh sendiri...
walaupun perit untuk memulakan bisnes ini tapi percaya lah!
rezeki allah meliputi seluruh langit dan bumi...yang penting kita kena berusaha!

rugi atau untung memang sudah adat dalam perniagaan...tambah pulak kalau bab-bab bomoh ni, sah-sah kita tak boleh lari daripada masyarakat yang jenis hasat dengki...hehe
kadang-kadang perbuatan teruk ni selalu orang yang tua-tua! Masy-allah, harap sangat orang yang berumur ni bertaubat la cepat...sebab generasi tua ni merupakan contoh kepada anak muda!

Situasi A
Up Town merupakan tapak perniagaan shida yang akan beroperasi setiap malam, so kira macam gerbang malam bukan pasar malam erk?hehehe...
Jiran-jiran niaga pun ada yang ok dan ada yang pandang sinis, so tak hairan la sebab masing-masing ada strategi sendiri...apa yang membuatkan shida tidak berpuas hati ialah sikap akak sebelah yang kalau boleh nak sangkut baju sampai tak nak nampak kedai iolls ni yang kt sebelah...kalau ruang depan tue pon sama...sampai nak jalan pun susah!senyum lagi la tak kotttt....
ingat lagi, mula-mula diorang tanya umur shida...terus diorang kurang layan! mana akak yang jenis mulut lazer tue boleh siap perli lagi...
"boleh ke orang muda niaga? jangan lingkup sudah laa..."
OMG! kenapa sikap orang tua zaman sekarang kurang ajar erkk....tak salah la kalau budak zaman sekarang kurang sopan sebab orang tua zaman sekarang pun bukan taw tunjuk contoh yang baik....haisyyyy!!


Situasi B
Pasar Tani Fama....alhamdullilah! shida dapat jugak jadi sebahagian ahli daripada FAMA, tapi prosedur agak slowly...kemudian masing-masing suka past kerja sana-sini (antara satu sama lain) sampai permit pun dah dekat 2 minggu tak siap-siap...bila kita tanya dan follow-up diorang still lagi tak siap sampai diorang boleh cakap ~
"awak niaga je dulu walaupun tak ada permit...kalau DBI datang check, awak cuma bayar denda jer RM100 lepas tue barang-barang akan disita"
rasa berapi je bila orang tua nyayok tue cakap macam tue...ada ke patut cakap macam tue?
"pak cik, saya ni bukannya orang kaya yang suka-suka nak hulur duit macam tue saja....barang-barang saya bukannya murah! kalau pak cik nak tolong bayarkan tak apa la jugak...saya dengan berbesar hati bagi barang saya disita...rasa best jer!!sebab pak cik nak tolong bayarkan...
selagi permit saya tak siap selagi tue saya tak akan berniaga..."


Persoalan situasi A & B
 kita sebagai orang melayu kena tolong bangsa sendiri....kalau hasat dengki masih berterusan memang melayu tak maju sampai kesudah! apa yang shida nak uolls faham dengan situasi A dimana tolong jangan pandang rendah pada perniaga muda....beri sokongan sebab diusia muda lah kita kena respect!bukan shida je yang berniaga diusia muda....ramai lagi kat luar sana! cuma beza berniaga secara langsung dan tidak....
manakala di situasi B walaupun kita ni usia agak tua dan berumur....jagalah percakapan kerana setiap ucapan yang kita luah adalah memberi contoh kepada anak-anak muda...bergurau boleh tapi biar berpada!


cerita diatas ni merupakan luahan hati yang terpendam lama tawww....tapi apa yang kita perlu buat ialah banyak berdoa dan mengadu kepada allah, selain tue juga mintak nasihat daripada mak atau suami/tunang....rasa puas je bila dah luah!hehe
shida harap supaya selepas ni kita kena sentiasa bersikap sopan terutama dalam tutur kata, lebih open minded dan lebih rasional dalam kehidupan seharian....insyallah! muuuahhhh....