Friday

PRE WEDDING STUDIO TIPS

Salam dan hey semua.....


Seperti yang telah dijanjikan, Hari tu shida janji nak share tips "pre wedding studio" dengan uolls kan?so hari ini shida share sikit tips yang perlu uolls buat dan sediakan....

Ada sesetengah OP tidak menyediakan prop so uolls kena sediakan sendiri, ni first time shida shoot pre wedding dan first time bekerjasama dengan COLOUR PICTURE 

sebelum uolls bertindak untuk sesi snap gambar di studio...uolls kena tanya dulu dekat OP apa yang perlu oulls bawak?ada setengah OP diorang memang dah siap prop, so uolls just datang bawak badan je...benda ni penting untuk uolls prepare supaya nanti gambar uolls tak adalah bosan sangat kalau tak ada benda nak pegang...kalau korang creative boleh je buat aksi macam tumbuk-tumbuk ke?tendang-tendang ke?tampo-tampo ke....atau apa yang uolls suka la...




 ni semua antara prop yang shida siap nak bawak time tue, tapi sayang! boleh lupa nak bawak sebab dah terlalu excited nak ambik ballon hellium punya pasal... benda boleh ikut creativi uolls nak pakai prop yang jenis macam mana yang penting uolls lebih creative


chalkboard boleh dapat kat mana-mana kedai, kat populor pon ada jugak...nak lebih murah uolls boleh pergi kedai ECO (kedai rm2 jer... :) )




Dengan chalkboard uolls boleh buat macam-macam jenis design, macam gambar yang atas tue shida buat bentuk muka senyum...yang last tue shida siap lukis gambar "kami" then letak nama masing-masing...



time ni abang OP mintak "kami" bubuh tarikh tapi shida tak nak bagi tahu...hehe
biarlah rahsia....yang penting memek muka yang jenis tak tahan kena tampo jer....


Ballon ni shida beli 1 pc RM3, pada mulanya shida nak beli 7pcs je tapi tunang cakap beli la 10pcs...tapi first time shoot kan, tak taw plak lighting dia power amat...so shida syorkan korang beli la ballon yang jenis warna dia kuat sikit...jangan pakai warna yang soft macam pink or putih, nanti ilang la seri gambar tue...hehe


kami dah kekosongan idea, so kami snap bersila je....tambahan pulak kami lupa bawak prop, pakai yang mana ada je kat studio, nasib time tue ada bawak ballon and chalkboard...




 yang ada kat studio masa tue just kerusi duduk tinggi ni and yang rendah....
pandai-pandai la pelbagaikan gaya mutu keunggulan...hehe

lagi satu tentang pemilihan baju!cari baju yang lebih terang sedikit supaya kita tak tengelam dengan warna putih kat belakang tu, so bila snap nampak la gambar kita...kalau dh pakai sama dengan warna dinding nanti teraba-raba plak OP kita cari "uolls" dalam ni....hahaha




yang ni semua shoot dekat outdoor, so pemikiran dan idea lebih luas dan tak adalah terhad sangat...
sebab apa?
pemandangan yang hormoni dan lebih kepada kehijauan, selain tue korang nak lompat macam kanggaru pon boleh...kalau dalam studio ada limit nak loncat atau terloncat...kalau terlebih loncat nanti terkeluar dari wallpaper putih tue so tak cantik laa...hehe

tips ni boleh digunakan untuk uolls semasa snap di studio! snap di studio sangat best sebab kalau hujan tak perlu nak risau...badan pun tak berpeluh sebab kena panas, cuma apa yang shida nak share dengan uolls...ialah prop yang perlu uolls kena bawak...sayang-lah kalau dah bayar mahal-mahal tapi tak ada perhiasan pon dekat gambar kita...hihi


ok tadaa...







































1 comment:

LENNY JUBILEE said...

baru datang bertandang melihat around... hehehe cantik gambar