Tuesday

BLOGGER PRIHATIN

assalamualaikum dan hey semua

Entry kali ini menceritakan tentang sikap prihatin seorang blogger terhadap khidmat masyarakat....ada segelintir antara kita masih tidak menghiraukan serta tidak mengambil peduli tentang kepentingan dan bantuan yang diperlukan oleh pusat kebajikan...sama ada pusat orang kurang upaya,rumah orang-orang tua serta rumah anak-anak yatim yang kini mengharapkan bantuan simpati daripada masyarakat sekeliling.....

Post hari ini, shida nak cerita sedikit tentang sebuah Pusat Pemulihan Orang Kurang Upaya (OKU)...shida nak kongsikan sedikit cerita dan  masalah yang dihadapi oleh Pusat Pemulihan OKU....shida harap masyarakat diluar sana dapat  menghulurkan bantuan kepada mereka.
                                 
PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) PUSPAHATI  GEMAS


Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Puspahati Gemas merupakan program yang menumpukan kepada orang kurang upaya (OKU)  yang memerlukan pusat pemulihan dan latihan asas dari segi pergerakan,pertuturan,pendidikan khas,dan kemahiran dalam aktiviti kehidupan seharian. Program ini dibuka kepada OKU dari semua jenis ketidakupayaan dan semua peringkat umur. Pusat Pemulihan dalam Komuniti Gemas ini ditubuhkan pada 1 April 2004 yang di tempatkan di Taman Desa Bakti dan menyewa premis dengan kadar sewa sebanyak RM 800.00 sebulan.

Antara golongan yang terdapat di PDK ialah golongan yang mempunyai masalah seperti Pembelajaran, Pendengaran, Penglihatan, Anggota, Pertuturan dan Mental. Sepertimana yang kita ketahui, tujuan PDK ditubuhkan adalah untuk memberi pemulihan kepada orang kurang upaya supaya boleh berfungsi seperti orang biasa dan membuktikan kepada masyarakat sekeliling diluar sana bahawa OKU mampu meneruskan kehidupan dan mengangap mereka adalah anugerah istimewa daripada Allah. Selain itu memberikan kesedaran kepada masyarakat bertapa pentingnya pusat pemulihan ini kerana bertujuan untuk mendidikan dan memberikan latihan kepada OKU dan membuktikan masyarakat kurang upaya mampu menimba ilmu dan mampu melakukan pelbagai aktiviti dengan sendirinya.


Walaubagaimanapun, setiap pusat pemulihan pasti mengalami masalah tersendiri yang mungkin segelintir masyarakat diantara kita tidak mengambil berat serta lepas tangan. Inilah yang menyebabkan banyak pusat pemulihan memerlukan bantuan dan sokongan padu dari masyarakat sekeliling. PDK menghadapi masalah dari segi tempat tinggal, dimana mereka memerlukan peruntukkan tanah untuk membina sebuah bangunan kerana PDK pada masa kini hanya menyewa premis dengan kadar sewa RM800 sebulan, dengan adanya bangunan sendiri mudah untuk PDK menjalankan pelbagai aktiviti tanpa merisaukan pelbagai masalah yang akan timbul sekiranya menyewa premis. Selain itu, PDK mengalami masalah kekurangan peralatan untuk melakukan aktiviti Fisioterapi. Alat ini sangat diperlukan di PDK bagi tujuan membantu pemulihan OKU yang mengalami pelbagai masalah fungsi organ. Dengan adanya bantuan dan sumbangan Fisioterapi boleh la para pelatih menjalankan latihan Fisioterapi dengan lebih mudah.

Oleh itu saya berharap supaya masyarakat,kerajaan atau mana-mana agensi-agensi dapat menyalurkan bantuan berbentuk tapak dan sebuah bangunan bagi memudahkan PDK menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan kepada OKU serta menyumbang bantuan alatan Fisioterapi dan pelbagai kelengkapan pendidikan kepada PDK bagi memudahkan aktiviti serta latihan kepada para OKU. 
"Bak kata perpatah bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana muafakat"


Bagi sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan boleh sahaja melalui:
PENGERUSI PDK : HAJI SABTU BIN HAJI SALIM
ALAMAT :NO 15 JALAN BAKTI 2,
       TAMAN DESA BAKTI,
       73400 GEMAS,
       NEGERI SEMBILAN
TEL  : 07-9483821
FAX : 07-9483821
NO.PENGERUSI PDK : O13-9636818 
PENYELARAS JKM DAERAH TAMPIN : 06-4411646



GAMBAR  AKTIVITI –AKTIVITI PDK PUSPAHATI GEMAS


 MAIN BOLING


AKTIVITI LUAR KELAS 


AKTIVITI LUAR KELAS 


LATIHAN FISIOTERAPI


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
>_<
Doakan shida berjaya dalam pertandingan blog mana yang prihatin?dan shida harap sangat korang  sokongan shida....in sha allah!








1 comment:

NIL syaffieyna said...

diorg dh .. cari pmenang ke