Thursday

THE ENGAGEMENT PART 3

Salam dan hey semua....

syukur kehadrat illahi hari ini genap 2 minggu shida bergelar sebagai "tunang orang". Segala putaran hidup shida berubah dari 0'- 270'darjah.....belum masuk 360'darjah taw?tue akan complet bila sudah sah menjadi isteri....

Majlis pertunangan ni, family shida dan family si dia sudah bersetuju untuk buat hantaran serba satu, bermaksud segala kelengkapan diri dari kepala sampai la ke kaki......supaya pada majlis nikah nanti tak perlu nak bawak-bawak bungkusan hantaran dan mangkuk bagai....cuma bawak cincin dan duit hantaran jer,sebab macam tak berbaloi buat majlis tunang sekadar hanya manisan...
"pandangan orang lain-lain so depand pada uolls...nak buat hantaran barang time kawin pun ok,cuma shida nak buat penjimatan jer"hehe

 Dua perasaan yang mungkin semua gadis malaya tak boleh menipu dan terasa terharu,apabila disaat si gadis malaya menempuh hari-hari bahagia seperti....
"disarung cincin oleh bakal ibu mentua"
"semasa diijabkabul"-insyallah,doakan jodoh kami kuat dan kekal

time salam memang dah mengeletar tangan sebab perasaan takut tu tak akan hilang...dengan masyarakat yang ramai kat depan,penuh snap gambar...dah macam kawin jer pulak taw!haha



yea!yea!
lepas ni,shida akan mempunyai 2 orang insan yang bergelar ibu...sebelum ni sambut hari ibu ngan mak tercinta tapi selepas ini dengan bakal mak mentua juga....
sejak dah bertunang ni...mak selalo marah-marah and ada jer salah....shida faham, lepas ni mak akan rindukan anak gadisnya...sebab selepas ni shida akan ada haluan sendiri dan akan berada dipangkuan "suami" and mesti mak rindu nak bercakar ngan shida... :')


time ni memang malu la sebab ramai yang snap gambar...rase tak tahu mana nak pandang!
bagi sesiapa yang mencari pakej photograph for wedding or engagement macam shida ni,boleh terus service kat facebook mereka jer...
mereka memang sampoi and sporting cuma uolls jangan malu-malu,cakap jer nak tangkap gambar macam mana taw?diorang snap jer...and gambar tue korang yang punya so suka hati la kan... yang nak tengok buat kenangan korang jugak...:D

selesai sudah sesi menyarung cincin...so entry seterusnya ialah sesi outdoor bersama yang tersayang!

0_0











No comments: