Dah lame tak update kisah kehidupan harian shida....
bulan may memang sangat sibuk sebab setiap hari sabtu mesti ada saja jadual akan penuh...sampai rase nak give up!haha
11 may 2013 adalah tarikh bersejarah bagi bakal adik ipar shida, merupakan adik kepada "papa" yang telah melangsungkan majlis pertunangan bertemakan "Black & White"
Baju kurung moden dan kain kembang belakang.....tempah baju ini saja tidak la mahal sangat RM100, Veil RM30 sahaja,kain net tapi memang berat dengan manik disekeliling veil....kira bila kita pakai veil tue xkan senang gerak ataupun terbang,memang cantik!...hehe
hantaran sebelah perempuan, majlis pertunangan ini hantaran bertemakan "makanan atau manisan"
sebab pada majlis pernikahan nanti baru akan buat hantaran berbentuk barangan
semua hantaran ini berjumlah 11dulang...semua makanan!
nampak tak ada kek kumbang...tue shida bawak sebab segan pulak datang dengan tangan kosong...hehe
hantaran dari pihak lelaki bertemakan hijau daun pisang....semuanya 11 dulang!
aikkk...same ngan hantaran sebelah perempuan kan?
secara kebetulan dan tak sangka sama...apa-apa pun janji majlis selesai....
keluarga pihak perempuan
walaupun kami ini berbeza umur...tak bermakna shida lebih tua,haha
ikutkan "ana" lebih tua satu tahun dari shida tapi dia hormat shida sebagai kakak sebab tak lama lagi shida akan menjadi salah satu ahli keluarga mereka....bermakna shida juga akan menjadi mak sedara dalam usia yang muda,walaupun ada setengah anak sedara shida lebih tua dari shida...
Oh OMG!!!
semoga "Ana & Darus" dapat mengharungi detik-detik manis dalam ikatan pertunangan yang memang dalam keadaan darah manis...
0_0
No comments:
Post a Comment