Wednesday

THE ENGAGEMENT PART 2

salam dan hey semua...

Hari ini shida nak sambung entry majlis pertunangan shida yang berlangsung pada 2 JUNE 2013, tarikh ni memang pakai pilih jer tanpa rasa bersalah...hehe...ikutkan shida nak buat tarikh 1 SEPTEMBER 2013 sempena genap relationship kami yang ke 5taun....wow!!lame kan?

majlis bermula pada pukul 12:00tengahari...tapi rumah dah start penuh pukul 7.00 pagi..hehe
semangat jiran-jiran nak tolong dan kemas meja!
mak and ayah shida pun dah mula kelam kabut sebab tak sangka ramai sangat yang datang sampai makanan pun nasib cukup-cukup....masa jemput datang semua cakap "maaf tak dapat datang sebab ada kenduri or hal" so ayah pun dengar macam tu terus la ajak orang lain,mana taw boleh datang pulak kan?hehe...
tapi lain pulak yang jadi...yang tak dapat datang tue jadi datang...nasib makanan cukup! :')


 majlis bacaan doa selamat dibaca oleh ayah shida sendiri...asyik baca umah orang jer kan?sekali sekali baca untuk umah sendiri...hehe

menu makan:
nasi putih
daging masak kicap
ayam berempah
nangka masak lemak
sambal belacan
ikan masin and ulam ulaman
bubur kacang
buah-buahan "tembikai,apple dan oren"
air oren and entah la.... :')

Harga pakej ni RM8, tapi disebabkan shida merupakan kawan anak-anak makcik katering ni sejak kecik sampai besar (ada plak macam tue??)...dia sedekah daging kicap tue kat shida dan cuma setiap sorang shida dapat pakej RM6 satu kepala....syukur alhamdulillah!semoga rezeki makcik berlimpah ruah...
harga kat makcik ni memang murah...paling tinggi pun harga dia RM9 jer...sapa-sapa nak pakej atau katering ngan makcik ni sila sms shida taw??

kawan-kawan pun dah mula memenuhi ruang rumah shida...thanks sebab datang...love u all!
tapi sebelum diorang datang berlaku la sikit drama sedih...argggggghhh!!
"shida sorry aku xdapat datang?"
"sampai ati!!!!cakap nak datang?"
memang sedih la kan?3 orang BFF tak datang dan hari bahagia perlu dikongsi bersama kawan-kawan ...surprise diorang memang menjadi!sorang jer tak dapat datang sebab no transport... :P



photo-genic semua gadis-gadis melayu ni....semua kawan-kawan yang sangat2 rapat ngan shida!
walaupun mereka semua ni baru kenal,tapi tetap mempunyai perangai yang gila-gila...

"persahabatan itu bukanlah tentang sapa yang hadir terdahulu dalam hidup kita namun siapa yang datang dan tak pernah meninggalkan kita sendirian"


riang ria atas stage pelamin...risaw gak if kalau roboh kan?haha
ramai yang tak suka shida ambik pelamin yang ada kerusi tapi shida kesian kat bakal mak mentua shida sebab duduk bawah kan?orang tua ni mana la boleh duduk bawah sangat,nanti sakit pulak tulang-tulang.... T_T

adik-adik yang banyak membantu dari segi apa-apa saja...
lagi pun shida anak perempuan tunggal en hazran...if ada kakak boleh la arrange preparation shida...but semua tue pasti ada hikmah daripada allah napa shida "anak perempuan tunggal"


entry kali ini shida cerita sedikit tentang masyarakat sekeliling dan sahabat yang banyak menolong dan menceriakan majlis ini dengan lebih meriah!insyallah selepas ini entry sarung cincin oleh "bakal mak mentua"

0_0
































THE ENGAGEMENT PART 1

salam dan hey semua....

syukur alhamdulillah sebab akhirnya shida berjaya juga tamatkan zaman separuh remaja ni....
memang agak-agak malu nk post entry ni sebab kadang-kadang banyak customer yang jenguk blog shida nak order barang tapi atas pemintaan kawan-kawan yang tersayang yang sering jenguk blog shida so dengan hati terbuka jom baca!

Segala preparation memang kelam kabut....tapi semua tue dapat settlekan dengan pantas!thanks ayah,sebab tolong anak gadis mu siapkan preparation dengan kelam kabut sepantas kilat!

shida pakai baju PEPLUM peach pink dengan combinasi shawl warna purple,memang shida saja ambik warna gabungan sebab tak adalah nampak sekata jer kan?hehe
pada awalnya memang shida nak pakai veil tapi nanti tak nampak la bunga timbul ditudung tue... :')


 
inilah first time shida serahkan muka pada mak andam untuk menconteng!hehe...
pada mulanya shida nak makeup klasik "ala-ala makeup bibir merah mak ngah"
tapi akhirnya,shida ambik keputusan untuk makeup simple and soft supaya ada nampak natural sikit, shida tak mengunakan teknik cukur kening, contack lens pon shida tak pakai...ini adalah mata asli!!hehe
alhamdulillah memang shida suka sangat hasil make-up ni...banyaran pun memang murah RM50,kalau jauh dia akan charge dalam RM100-RM150 jer....memang berbaloi la kan?

design baju shida ni sama je macam PEPLUM yang lain cuma dia ada double kat bawah,accessori yang ada macam manik,lace and bunga timbul tue semua shida yang jait!puas hati dan memang jimat...ikutkan shida nak jer bagi penuh manik kat baju tue tapi takut nampak buruk bila crowded dengan manik jer...huhuhu
veil tunang pun shida sendiri yang buat dan jait lace and manik,tapi sedih tak dapat pakai.... :'(


sambil menunggu keluarga lelaki sampai rumah, shida snap dulu gambar bagi rasa gemuruh hilang....
ramai jugak jiran-jiran,kawan dan sedara mara hulurkan manisan untuk shida...sampai dah tak muat rumah sebab terlalu banyak pemberian!shida ikutkan bagi dalam 13dulang jer...tiba-tiba boleh mencecah dekat 30dulang....??tengah-tengah malam pun ada orang datang bagi manisan untuk hantaran,syukur sangat!
bak papatah "rezeki jangan ditolak" :')


insyallah entry seterusnya shida akan cerita lagi detik-detik pemulaan perjalanan majlis ini...
tunnnggguuuu.....

T_T


































QISSYA SECRET BEAUTY

Salam dan hey semua.....

SUPER 3 WHITE mempunyai kebaikan kerana ia mengandungi ketiga-tiga kumpulan bahan-bahan dalam satu produk yang dapat menghasilkan kesan yang lebih baik dan lebih cepat. Bahkan, setiap set bahan-bahan mengandungi beberapa komponen tersendiri yang mana setiap satunya mensasarkan mekanisme kulit yang gebu,anjal dan berbeza berbanding sebelum anda menggunakannya.

Tidak seperti produk lain, SUPER 3 WHITE adalah berdasarkan kepada satu program perawatan detoksifikasi ,pembentukan semula sel-sel kulit dan melengkapkan perjalanan perawatan kulit serta tubuh badan supaya menjadi lebih sempurna 



SEMUDAH 1,2,3, SUPER 3 WHITE menjadikan ia 1 set lengkap dari Tiga perangsang berkuasa yang bias menjadikan kulit kita putih dan gebu malah memberi kesihatan dalaman di dalam badan kita.

QISSYA SUPER 3 WHITE mengandungi :-
♥♥ Hydrolized Tilapia Collagen Peptide
♥♥ Dextrose
♥♥ Maltose Dextrin
♥♥ L-Glutathione
♥♥ Vitamin C
♥♥ Pure Marine Collagen
♥♥ Honey
♥♥ Pomagranate 
♥♥ Hyaluronic Acid
♥♥ Pearl
♥♥ Rossele
♥♥ Apple Stem Cell
♥♥ Garcinia Mangostana
♥♥ Annona Muricata L
♥♥ Vitis Vinifera
♥♥ Planta Ovata
♥♥ Cassia Augustifolia VAHL,
♥♥ Citric Asid
♥♥ Goji Berries
♥♥ Cranberries
♥♥ Mulberries

Qissya super3 white pertama di malaysia yg mengandungi 39 enzim yg terbaik ...di formulakan khas utk 3 fokus utama yg diperlukan utk kelihatan cantik langsing dan sihat..iaitu 3 konsep
1) Detox n clean
2) Refresh n renewel
3) Improve n perfect


Langkah 1 - 
Qissya 3 Detox N Clean (Perisa Roselle)

♥♥ Serat larut menyerap air untuk berubah menjadi bahan seperti gel dan melekit yang membantu mengusir toksin terkumpul.

♥♥ Serat tidak larut membantu untuk menggerakkan toksin dan membersih sistem usus supaya bekerja sebagai satu bentuk sirim kolon.
♥♥ FOS (Fructooligosaccharides) adalah satu bentuk pemanis yang sihat iaitu bahan pra-biotik pemakanan yang boleh merangsang

pengeluaran bakteria bermanfaat dalam usus kita untuk membantu penyerapan nutrien yang betul


Langkah 2 
Qissya 3 Renewal N Fresh (Perisa Apple Stem Cell)

♥♥ Setelah proses badan anda akan terganggu atau terjejas, ia memerlukan bantuan untuk mengembalikan keseimbangan yang betul.Qissya 3 Renewal N Fresh boleh membantu anda mencapai kesihatan yang optimum
♥♥ Sel Stem Epal mempunyai banyak khasiat untuk merangsang pemulihan kesihatan secara keseluruhan dengan menggalakkn respon anti-radang kerana ia mengandungi sejenis bahan iaitu quercetin. Ia juga dapat membantu mencegah pembekuan dari sistem imun,membantu untuk membubarkan lemak yang perlu disingkirkan dari badan, meningkatkan keanjalan kulit dan kelembutan serta mempercepatkan proses penyembuhan luka.


Langkah 3 -
 Qissya 3 Improve N Perfect(Perisa Blackcurrant Yogurt)

♥♥ Kebanyakan kita sering berasa letih kerana ketidakseimbangan proses dalaman dan pemgumpulan toksin dalam badan kita.Kita memerlukan bantuan untuk memulihkan tubuh badan kita dari dalam.


WOW!! WOW!! 

Produk HEBAT!! Tidak seperti produk-produk minuman kesihatan yang lain, SUPER 3 WHITE ™ menggunakan tiga set bahan untuk proses Detok n Clenz , menggalak proses Renewal n Fresh bagi pembetukan sel-sel tisu kulit. Sehinggalah melalui proses terakhir iaitu Improve n Perfect... 

CARA GUNA : 
Ambil 4 Scoop Qissya Super 3 White dibancuh bersama 100ml air goncang sebelum minum sekali sehari ( SEMUDAH LANGKAH 1,2 & 3)

♥♥♥cubalah super3 white anda pasti lupakan yg lain...dengan fungsi 3 dlm 1 bertindak sebagai detox ...utk kesihatan dan kecantikan dengan harga yg sgt2 berpatutan.
Permulaan untuk cantik jelita kita mesti minum untuk detox dlu ya..Mungkin ramai yang kurang tahu akan peranan detox, tetapi siapa sangka, melalui detox (lebih mudah difahami sebagai pembersihan usus besar atau ‘colon cleansing‘), berat badan anda boleh turun sebanyak 5kg hanya dalam masa 7 hari, terima kasih lah kepada ‘tahi-tahi’ yang dah melekat di dinding usus besar (colon) anda selama berbulan-bulan, atau mungkin juga bertahun-tahun lamanya. Tidak ramai yang tahu bahawa beberapa peratus daripada berat badan mereka terdiri daripada ‘tahi-tahi’ ini, yang jumlahnya mungkin boleh mencecah setinggi 10kg! (bergantung kepada saiz badan individu tersebut)



HARGA : RM145
ADD RM5 UTK SABAH SARAWAK

sekiranya berminat boleh:
017-5280661
serunai_shidaz90@yahoo.com


STOP JUAL!!

ALASAN: 

COMPANY SUDAH TIDAK MENGELUARKAN 

PRODUK INI ATAS ALASAN KURANG MENDAPAT 

SAMBUTAN