assalamualaikum dan hey semua
Bulan march ni genap 3bulan shida menjadi seorang guru! banyak dugaan yang shida tak dapat elakkan dimana macam-macam ragam anak murid dari darjah 1 sehingga tingkatan 5.....
Budak zaman sekarang memang tak hormat guru.....nak dipukul nanti masuk Jel, kalau nak tegur ada je nak menjawap macam bijak sangat!huhuhu.....lumrah menjadi cikgu bukan la mudah yang uolls nampak tapi memang sukar sangat nak menghadapi masalah ragam budak era zaman sekarang!
pernah sekali ada student shida darjah 1 dengan beraninya sound shida!geeeerrraammmmm.....
shida "duduk la kat tempat kamu...kenapa main je ni!
student "cikgu nak apa? cikgu taw tak sapa saya ni"
shida "sapa?"
student "saya ni gengstar kat sekolah!semua orang takut ngan saya"
shida "ada cikgu kisah kamu sapa?pergi duduk kat tempat kamu cepat!"
student "tak nak"
Amacam!seram tak kalau dapat student macam tue?shida kadang-kadang tak tahu nak jawap apa....kalau kita jenis bijak dan cerdik...shida tak kisah kalau nak main dalam kelas tapi sampai mengeja pun tak tahu,then belagak macam pandai....
"jadi seorang guru bukan la mudah untuk mengajar,kesabaran dan kegigihan perlu ada dalam diri seorang cikgu"
Minggu ni selesai exam, so time nak check dan bagi markah yang boleh buat kita jadi gila...... >_<
kertas jawapan budak darjah 1-3
pening bila baca sebab banyak ayat terbalik...
sejarah tingkatan 1-3
walaupun shida bagi tengok buku time test tapi still ada student yang gagal dan banyak salah, padahal jawapan depan mata pun masih blurr
geografi tingkatan 1-3
rasa nak gelak bila tengok jawapan budak-budak ni..benda tak lojik jawapan yang diorang bagi kat shida,
0_0
Uolls nampak tak apa yang shida hadapi selama bergelar cikgu?ini la pengalaman shida selama bergelar seorang cikgu, shida nak kongsikan cerita dan pengalaman ni bersama uolls,tapi dalam keperitan mengajar shida diberi satu kegembiraan yang sangat shida terharu!
Iaitu
Pengalaman menjadi seorang guru sangat-sangat la terharu dimana anak murid shida tingkatan 5 berjaya score 60-75 markah dalam sejarah!cukup seronok bila dengar diorang dapat score tinggi sebab sebelum ni student shida dapat markah 35-40 je....bila dengar anak murid meningkat rase seronok sangat taw!sampai penat lelah shida selama ni terhasil.....
~_<
Ada siapa yang nak kongsi cerita pengalaman menjadi seorang guru????create kat comment! 0_o