Thursday

THE ENGAGEMENT PART 4

salam dan hey semua....

Entry kali ini ialah outdoor of engagement...
majlis pertunangan settle tepat pukul 3.00petang...memang cepat sangat habis sebab lauk-pauk pun memang dah licin cepat...so time outdoor pon dalam pukul 3.30 shida dah keluar...al-maklumlah,petang2 ramai orang keluar bersia-sia...takut malu jer nanti....


shida outdoor dekat ngan umah jer...cadang nak la outdoor kat kellis castle,bila fikir-fikir balik nanti kawin nak outdoor mana kan?xkan  kat "gunung lang"...tak privacy and ramai sangat pengantin snap gambar kat situ...hehe
shida ambik keputusan...outdoor dekat "taman jepun" ....

ramai yang suggest mintak "papa" pakai baju melayu sedondon,but kami tak nak!dengan sebulat hati kami katakan tidak!!
...kenapa?
bila si dia pakai baju melayu kira dah macam nak akad nikah plak...hehe
so shida cuba cari kameja yang nampak sama macam warna shawl shida...agak payah jugak nak cari baju kameja warna pink ala purple....hehe


sebenarnya banyak lagi pic kat tempat-tempat lain....tapi takut uolls bosan nak tengok and entry pasal tunang pon dah sampai part 4,....macam terlalu over sangat erk?hehe....
baju shida ni ada reben besar kat belakang,saja letak sebab nak bagi cantik laa....hand bouquet ikutkan guna yang kain felt,shida D.I.Y sendiri tapi macam kecik sangat so shida pinjam mak andam jer...haha



selesai sudah majlis pertunangan....memang agak remeh dan susah bila segala preparation shida yang urus sendiri, mak and ayah cuma tolong mana yang tak ada jer....menguruskan majlis sendiri memang sangat letih tapi menyeronokkan dan sangat berpuas hati walaupun kita mengimpikan sesuatu yang diluar jangka tapi cukup la sekadar mana yang termampu....
sekarang ni orang ramai sibuk mencari preparation untuk beraya and puasa,tapi kami sibuk mencari barangan kawin especially baju nikah dan baju bertandang...insyallah shida akan buat sendiri....rasa tak sabar nak buat!hehe...tambah2 sekarang shida dah mula nak buat D.I.Y kasut nikah...


doakan shida dapat melayari bahtera dalam mengharungi perjalanan liku-liku pertunangan dengan si dia...dan doakan supaya shida dapat menyiapkan preparation wedding dengan sempurna....

T_T
















THE ENGAGEMENT PART 3

Salam dan hey semua....

syukur kehadrat illahi hari ini genap 2 minggu shida bergelar sebagai "tunang orang". Segala putaran hidup shida berubah dari 0'- 270'darjah.....belum masuk 360'darjah taw?tue akan complet bila sudah sah menjadi isteri....

Majlis pertunangan ni, family shida dan family si dia sudah bersetuju untuk buat hantaran serba satu, bermaksud segala kelengkapan diri dari kepala sampai la ke kaki......supaya pada majlis nikah nanti tak perlu nak bawak-bawak bungkusan hantaran dan mangkuk bagai....cuma bawak cincin dan duit hantaran jer,sebab macam tak berbaloi buat majlis tunang sekadar hanya manisan...
"pandangan orang lain-lain so depand pada uolls...nak buat hantaran barang time kawin pun ok,cuma shida nak buat penjimatan jer"hehe

 Dua perasaan yang mungkin semua gadis malaya tak boleh menipu dan terasa terharu,apabila disaat si gadis malaya menempuh hari-hari bahagia seperti....
"disarung cincin oleh bakal ibu mentua"
"semasa diijabkabul"-insyallah,doakan jodoh kami kuat dan kekal

time salam memang dah mengeletar tangan sebab perasaan takut tu tak akan hilang...dengan masyarakat yang ramai kat depan,penuh snap gambar...dah macam kawin jer pulak taw!haha



yea!yea!
lepas ni,shida akan mempunyai 2 orang insan yang bergelar ibu...sebelum ni sambut hari ibu ngan mak tercinta tapi selepas ini dengan bakal mak mentua juga....
sejak dah bertunang ni...mak selalo marah-marah and ada jer salah....shida faham, lepas ni mak akan rindukan anak gadisnya...sebab selepas ni shida akan ada haluan sendiri dan akan berada dipangkuan "suami" and mesti mak rindu nak bercakar ngan shida... :')


time ni memang malu la sebab ramai yang snap gambar...rase tak tahu mana nak pandang!
bagi sesiapa yang mencari pakej photograph for wedding or engagement macam shida ni,boleh terus service kat facebook mereka jer...
mereka memang sampoi and sporting cuma uolls jangan malu-malu,cakap jer nak tangkap gambar macam mana taw?diorang snap jer...and gambar tue korang yang punya so suka hati la kan... yang nak tengok buat kenangan korang jugak...:D

selesai sudah sesi menyarung cincin...so entry seterusnya ialah sesi outdoor bersama yang tersayang!

0_0