Monday

Nasi Arab Kawwww....

Salam dan hey semua.....


Hari ini shida nak cerita pasal makanan yang paling femes dekat ipoh...so kira tengah hot gitu!!
kalau dulu ipoh ni femes dengan title "mee rebus ramli" sampai masuk jalan-jalan cari makan tapi kini bertukar angin monsun 360darjah kearah makanan ala timur tengah....
*kisah ni dah lama simpan dalam draf cuma tak diberi ruang untuk post entry ni....*



Nasi arab kat sini sangat sedap sehingga boleh menjilat ibu jari kaki...hihi
tapi sebelum uolls datang ke restoran ni pastikan perut dalam keadaan tersangat lapar...sebab makanan kat sini sangat kenyang dan memang heaven la....hehe


kedai nasi arab ni nama dia "MEKAH TOWER" berdekatan dengan mydin meru...opssss!jangan tersalah masuk kedai sebab dekat luar mydin meru ni ada dua kedai "ARAB" so kedai yang dimaksudkan shida ni dekat sebelah Mcd dan juga pasaraya-ku.....
*sorry tak ada gambar kedai la...lupa nak snap sebab dah terlalu suka & kenyang..*




sepertimana yang kita tahu, perbezaan nasi asia dengan timur tengah ialah jenis beras yang dipakai....beras timur tengah lebih panjang dan besar, beras malaysia ni semua comel-comel...hihi
shida kalau datang sini akan ambik set combo...boleh pilih nak "Beef or Chicken" harga beza sikit sebab "beef" lebih mahal sedikit.....
setiap set akan dibekalkan kuah kari dan sambal!!perrrrr....memang power hingga nak hentuk kepala kat meja, sebab sedap sangat kottt....hehe
*kalau kuah tak cukup boleh mintak tambah dan tiada charge tambahan....memang bermangkuk la aku mintak,hihihihi*


masuk kedai ni kena pandai speaking landon or new york....hehe
bila masuk kedai ni berbelik-belik aku tengok masyarakat sekeliling ber-speaking....
disebabkan aku ni kurang poyo macam diorang.....aku speak arab jer,haha gunakan ilmu yang kita pernah belajar dulu....tapiiiiii, untuk pengetahuan uolls tak nak cakap bahasa english or arab saudi pon tak apa sebab diorang pon dah faham and tahu bertutur bahasa malayu....saja je diorang nak test kita, macam siot kan??hahaha


Ini kari ayam berempah, memang sedap tapi pedas sikit la....kuah kari ni makan time uolls order roti bun or apa saja roti yang ada dalam menu tue,,,then cicah ni!!memang sedap....
kalau makan dengan nasi arab tadi pun ok....


"Barbican" ini bukan bir atau mabuk-mabuk tapi ini air buah-buahan bergas....
wanita mengandung memang tak digalakkan minum sebab kuasa gas dia sangat kuat sampai akan meletop perut uolls....seyes!!
minum air ni uolls kena la minum dengan ais batu...jangan pakai gugup je memang berkerut tahap gaban la muka nak tahan wap gas dalam mulut...haha
kalau perisa strawberi, grape atau orange gas dia kurang sikit berbanding dengan nenas,memang power!!


kalau datang dengan family atau bawak 1 kampung better uolls mintak makanan nasi arab jenis set macam ni...kira lebih banyak dan bertimbun, bak pepatah orang arab "mengiratkan silatullrahim" 
air "barbican" 1 botol RM4 selain itu diorang ada jugak buat air buah-buahan...apa yang special air buah kat sini akan rasa lebih smooth and ala yogurt taw!sedap sangat sampai nak telan jag air diorang sekali...



ok tue je yang dapat shida share dengan uolls, bagi sesiapa yang masih belum singah dan makan nasi arab dekat sini...meh la datang! jangan segan dan jangan malu, harga sangat mampu milik sebab tak adalah mahal sangat....layanan shida bagi 4 bintang!!uolls yang pandai speak in arabia sangat bagus...diorang akan lebih cepat mesra dengan kita...macam-macam dioarang nak share tentang masakan, ni lah untung sapa yang taw cakap arab dengan diorang...

ok tadaaaa......