Entry kali ini menceritakan tentang sikap prihatin seorang blogger terhadap khidmat masyarakat....ada segelintir antara kita masih tidak menghiraukan serta tidak mengambil peduli tentang kepentingan dan bantuan yang diperlukan oleh pusat kebajikan...sama ada pusat orang kurang upaya,rumah orang-orang tua serta rumah anak-anak yatim yang kini mengharapkan bantuan simpati daripada masyarakat sekeliling.....
Post hari ini, shida nak cerita sedikit tentang sebuah Pusat Pemulihan Orang Kurang Upaya (OKU)...shida nak kongsikan sedikit cerita dan masalah yang dihadapi oleh Pusat Pemulihan OKU....shida harap masyarakat diluar sana dapat menghulurkan bantuan kepada mereka.
PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) PUSPAHATI GEMAS
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
Puspahati Gemas merupakan program yang menumpukan kepada orang kurang upaya (OKU)
yang memerlukan pusat pemulihan dan latihan asas dari
segi pergerakan,pertuturan,pendidikan khas,dan kemahiran dalam aktiviti
kehidupan seharian. Program ini dibuka kepada OKU dari semua jenis ketidakupayaan
dan semua peringkat umur. Pusat Pemulihan dalam Komuniti Gemas ini ditubuhkan
pada 1 April 2004 yang di tempatkan di Taman Desa Bakti dan menyewa premis dengan
kadar sewa sebanyak RM 800.00 sebulan.
Antara golongan yang terdapat di PDK ialah golongan yang
mempunyai masalah seperti Pembelajaran, Pendengaran, Penglihatan, Anggota, Pertuturan
dan Mental. Sepertimana yang kita ketahui, tujuan PDK ditubuhkan adalah untuk
memberi pemulihan kepada orang kurang upaya supaya boleh berfungsi seperti
orang biasa dan membuktikan kepada masyarakat sekeliling diluar sana bahawa OKU
mampu meneruskan kehidupan dan mengangap mereka adalah anugerah istimewa
daripada Allah. Selain itu memberikan kesedaran kepada masyarakat bertapa
pentingnya pusat pemulihan ini kerana bertujuan untuk mendidikan dan memberikan
latihan kepada OKU dan membuktikan masyarakat kurang upaya mampu menimba ilmu
dan mampu melakukan pelbagai aktiviti dengan sendirinya.
Walaubagaimanapun, setiap pusat pemulihan pasti mengalami
masalah tersendiri yang mungkin segelintir masyarakat diantara kita tidak
mengambil berat serta lepas tangan. Inilah yang menyebabkan banyak pusat
pemulihan memerlukan bantuan dan sokongan padu dari masyarakat sekeliling. PDK
menghadapi masalah dari segi tempat tinggal, dimana mereka memerlukan
peruntukkan tanah untuk membina sebuah bangunan kerana PDK pada masa kini hanya
menyewa premis dengan kadar sewa RM800 sebulan, dengan adanya bangunan sendiri
mudah untuk PDK menjalankan pelbagai aktiviti tanpa merisaukan pelbagai masalah
yang akan timbul sekiranya menyewa premis. Selain itu, PDK mengalami masalah
kekurangan peralatan untuk melakukan aktiviti Fisioterapi. Alat ini sangat
diperlukan di PDK bagi tujuan membantu pemulihan OKU yang mengalami pelbagai
masalah fungsi organ. Dengan adanya bantuan dan sumbangan Fisioterapi boleh la
para pelatih menjalankan latihan Fisioterapi dengan lebih mudah.
Oleh itu saya berharap supaya masyarakat,kerajaan atau
mana-mana agensi-agensi dapat menyalurkan bantuan berbentuk tapak dan sebuah bangunan
bagi memudahkan PDK menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan kepada OKU serta
menyumbang bantuan alatan Fisioterapi dan pelbagai kelengkapan pendidikan kepada
PDK bagi memudahkan aktiviti serta latihan kepada para OKU.
"Bak kata perpatah
bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana muafakat"
Bagi
sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan boleh sahaja melalui:
PENGERUSI PDK : HAJI
SABTU BIN HAJI SALIM
ALAMAT :NO 15 JALAN
BAKTI 2,
TAMAN DESA BAKTI,
73400 GEMAS,
NEGERI SEMBILAN
TEL : 07-9483821
FAX : 07-9483821
NO.PENGERUSI PDK :
O13-9636818
PENYELARAS JKM DAERAH
TAMPIN : 06-4411646
GAMBAR AKTIVITI
–AKTIVITI PDK PUSPAHATI GEMAS
MAIN BOLING
AKTIVITI LUAR KELAS
AKTIVITI
LUAR KELAS
LATIHAN FISIOTERAPI
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
>_<
Doakan shida berjaya dalam pertandingan blog mana yang prihatin?dan shida harap sangat korang sokongan shida....in sha allah!
1 comment:
diorg dh .. cari pmenang ke
Post a Comment