Friday

Vitamin C+Pure Collegen



Assalamualaikum and hey semua....
Bertemu kembali kita dalam isu kecantikkan....kat sini shida nak terang simple jer...kalau membebel panjang lebar pun, mesti u all bosan kan...so hari ini shida nak memperkenalkan satu produk keluaran FELLINA yang kini semakin laris....



vitamin c + pure collegen

design kotak dari depan and back

capsul vit c ada 30biji
.
.
.
Sebelum nie shida ada memperkenalkan produk FELLINA kan??masih ingat tak?
pada mulanya FELLINA hanya mengeluarkan satu produk kuruskan badan dengan mengunakan lotion sahaja....tapi kini FELLINA juga mengeluarkan produk baru iaitu VITAMIN C + COLLEGEN.....untuk penjagaan kulit  dari luar dan dalam....
 ~
~
~

Antara kandungan yang terdapat dalam vit c

collagen marine

extract gluta 

vit c

extract citrus



PMCVC ini ialah vitamin c yang dirumus khas dengan ekstrak gluthathione iaitu agen pencerah kulit yang mampu mencerahkan secara natural, marine collagen yg mampu merawat kulit dengan lebih intensif dan Ekstrak sitrus yang mengandungi antioksidan yang menjauhi kerosakan sel kulit akibat pencemaran persekitaran, radikal bebas dan sinaran UV, mengurangi risiko kanser kulit, memudarkan parut, bersifat antibiotik dan antibakteria yang menghalang iritasi/jangkitan kulit

Seperti yang kita ketahui...setiap manusia mempunyai sifat yang tersendiri...and ada yang rajin ataupun malas...betui tak??


kalau yang rajin tue boleh la mengamalkan sifat memasak PURE COLLEGEN MARINE seperti  klik sini...korang kene masak, selain tue boleh laa buat MASK...suka tak??memang berbaloi......


tapiiii......


kalau yang malas jer tue...boleh la, mengambil pil VIT C + PURE COLLEGEN....sama jer,cuma beza yang nie ada tambahan seperti vitamin c and makan guna capsul jer.....dan rajin minum air masak jer taw....bagi die lawas seluruh badan.....




Mendapat kelulusan daripada kementerian kesihatan malaysia (KKM), dan HALAL....
satu-satunya produk kecantikan yang dikeluarkan oleh bumiputra....insyallah,dijamin selamat kerana tiada kandungan campuran kimia dan 100% bahan asli....

kenapa shida yakin???
sebab shida juga sedang mengamalkan vitamin c+pure collegen ini...alhamdullilah,segalanya tiada kesan buruk terhadap diri shida....insyallah shida akan update gambar sebelum dan selepas penggunaan vit c nie.....

so next entry, shida akan post kan mengenai soal jawab tentang vit c + pure collegen ini...hari ini shida memperkenalkan dulu produk terbaru yang sangat baik dan terjamin...


sambung....
 :')





p/s : time menunggu saat punchcard berbunyi untuk balik rumah....































Monday

Pure Collegen Marine : 100% Asli


Assalamualaikum dan hey semua


kecantikan merupakan perjuangan wanita yang sangat-sangat digeruni...masing-masing mahukan kecantikan yang tersendiri....tapi jerawat adalah musuh utama bagi wanita...

kenapa???

Sebab jerawat adalah satu petanda kepada keburukan rupa seseorang...malah pertumbuhan jeragat boleh membuatkan wanita tersebut umpama seperti katak di bawah tempurung....kesanggupan mengabiskan wang memang sudah menjadi kebiasaan semua wanita....asalkan cantik dimata dunia!!

Disini ingin shida memperkenalkan satu lagi produk yang shida jual iaitu PURE MARINE COLLEGEN /IBU COLLEGEN merupakan bahan asli 100% dari sumber semula jadi tanpa campuran bahan pengawet, bahan kimia yang berbahaya ataupun yang diragui.... :) "fresh from the sea"


Pure Collegen mungkin sudah ramai yang tahu tentang produk asli 100% daripada sabah yang diperbuat dari rumpai laut....khasiat yang terdapat dalam Pure Collegen ini dimana boleh membaik pulih struktur kulit dengan lebih cepat dan berkesan, malah HALAL serta tiada kesan buruk terhadap kulit melainkan kulit bertambah licin, putih, berseri dan gebu......

rumpai laut 


Rumpai laut (seaweed) gred A adalah spesis Euchema Cattoni atau Euchema Kappayachus Alvarezi. Rumpai Laut ini mempunyai kepekatan kolegen yang tinggi dan juga dikenali sebagai PURE MARINE COLLEGEN

*
*
*
*
seperti yang disiarkan dalam rancangan NONA di TV3 pada 20 MEI 2012, spesis Rumpai Laut ini adalah Keempat terbaik di Dunia


Antara Article yang telah disiarkan


PURE MARINE COLLAGEN:
  1. nilai-nilai nutrisi kolegen ini 10x ganda lebih tinggi dari sirip ikan yu (satu mangkuk kecil rm300)
  2. khasiatnya sama dengan sarang burung layang-layang (rm400 hingga ribuan ringgit)
  3. 24% kolegen ini bersamaan 2 keping sarang burung layang-layang
  4. kalsium 37 yang lebih tinggi daripada hati ikan PH nilai 7


KHASIATNYA PULA:
  • Terkenal untuk kecantikan kulit dan ubat diet 100% semula jadi
  • Melancarkan kitaran darah
  • Mencantikan kulit agar lebih putih dan tegang
  • Melambatkan penuaan dan melangsingkan badan
  • Iodine yang terdapat di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goitre iaitu kelenjar thyroid membengkak
  • membantu menurunkan kolestrol dalam tubuh 
  • Membantu merawat gastrik.
  • Bertindak sebagai Antikulat dan Antibakteria.
  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
  • Membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
  • Membantu merawat penyakit gout.
  • Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
  • Menguatkan tulang dan sendi.
  • Meningkatkan sel rawan dan otot.
  • Merawat penyakit gaut.
  • Mencegah kanser
  • Merawat Anemia.
  • Menyerap lebihan garam dalam tubuh(lumpuh).
  • Melicin dan menegangkan kulit serta payu dara (anti penuaan)
  • Memulihara sel-sel kulit mati (jerawat)
  • Menpercepatkan penyembuhan luka
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah(kencing manis)
  • Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
  • Memberi Kekenyangan(diet).
  • Melancarkan sistem metabolisme
  • Memulihara usus kecil (sembelit)

CARA PENYEDIAN PURE COLLEGEN


  • Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali 
  • Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman 
  • Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan 
  • Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus 
  • Masak dengan api yang perlahan dalam 30-45 minit. Kacau sehingga hancur. Boleh juga dicampurkan dengan gula batu atau ginseng * tp kalo nak buat masker jgn campo apa2 lah..
  • Biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais 


CARA PENYEDIAN MASK MENGUNAKAN PURE COLLEGEN

  • Selepas cologen direbus, tapiskan terlebih dahulu
  • Sisa tapisan digunakan untuk membuat masker dan air untuk diminum
  • Bersihkan muka terlebih dahulu
  • Sapukan pada muka dan leher (rasa sejuk & lembab)
  • Tunggu hingga masker kering atau dalam 30 minit
  • Basuh muka dengan air suam sehingga bersih
  • Bersihkan muka. Anda akan rasa kulit lembab, gebu, cerah & tegang walaupun dengan pemakaian masker yang pertama kali







ANTARA GOLONGAN YANG BOLEH MEMAKAI PURE MARINE COLLEGEN

  • Org yang nak cantik & sihat semestinya..hehe..
  • ibu mengandung - kulit baby jadi cantik (untuk kandungan 4 bulan keatas shj) 
  • ibu rasa bertenaga & tak mudah letih
  • ibu menyusu pun boleh juga.collagen ni tinggi mineral
  • kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas
  • wanita selepas bersalin tidak digalakkan makan rumpai laut hingga selepas 2 bulan bersalin,anda boleh consume semula..

Sekiranya berminat boleh terus ke FACEBOOK shida.... "rashida ahmad hazran"
ataupun
ke email shida "serunai_shidaz90@yahoo.com"



Sekian...
















Thursday



السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ

بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ



Syukur kehadrat illahi kerana diberi peluang untuk hidup pada hari ini...so ini merupakan travel terakhir shida bersama kawan yang tersayang....terima kasih juga kepada follower and kepada siapa saja yang sudi singgah ke blog shida.... :)


Pada mulanya kami memang cadang nak pergi berkelah kat Lata Iskandar, area jalan simpang
 pulai yang menghala ke Cameran Highland...tapi waktu tidak menginzinkan dan disana tidak ada

 bilik persalinan serta paling menakutkan adalah PACAT!!!



nanti korang akan jumpe signboard nie bermaksud nak dekat sampai laa tue...hehehe



Dari GUA TEMPURUNG menuju kehadapan dengan mengambil masa dalam 40minit serta 25km je untuk sampai ke LATA KINJANG...korang mesti pernah dengar nama tempat nie kan...tempat berkelah seisi keluarga yang sangat-sangat indah......



Mandi and manda disini perlukan berhati-hati erk...sebab apa???sebab bile mendung tandanya ujan kan....so bile ujan arus air die akan deras sederas yang die mau la....hahaha

Pesanan Maut : Jangan mandi ketika hujan sebab boleh mengakibatkan maut....walaupun hanya renyai-renyai jer taw...tak mau k??


Suasana Berkelah







Setelah selesai mandi and makan so time berangat untuk pulang ke rumah.. hehehe...walaupun 1 taun sekali baru jumpe tapi terasa macam selalu jumpe...pelbagai yang kami kongsi bersama, jadi bak kata perpatah "mencari kawan suka ria memang banyak tapi kawan menangis memang sukar.." 

Sebelum tue,shida and kawan-kawan singah solat dulu dan selepas selesai baru meneruskan perjalanan ke stesen kereta api Ipoh...nak hantar Nabihah and Aida balik Nilai....ustazah rock!!!hehehe.....


Stesen kereta api....


ukhwah terjalin....hehehe


Tamat la sudah Travel Smadi pada tahun 2012, in shaa allah akan bersambung dengan pelbagai aktiviti dan pelancongan...semoga ukhwah persahabatan ini akan terjalan lebih erat...
...uoall the best...!!






love u all....






















Monday

Reunion Part II



                                               Ø§Ù„سَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ

hey guy...entry kali nie shida nak sambung part Reunion Smadi yang shida post pada minggu lepas....kali nie shida akan cerita lebih detail mengenail Gua Tempurung coz ada dikalangan korang yang tak pernah masuk and ada yang lalu jer depan gua and ada yang dasyat sampai tak nampak signboard Gua tempurung....hehehe....

Shida yang  kire asal usul di perak pun ini lah first time shida masuk Gua tempurung tue...( wat malu jer ) hehehe ....mula-mula nak pergi Gua Tempurung nie memang laa excited sangat...sebab time tue fikir just dalam Gua tue cuma jalan saja sampai penghujung but semua tue angan-angan taik ayam jer...hahaha....

Sampai jer kat kaunter ada sorang guard nie mintak kite pilih pakej yang berkenan...tapi sebelum tue die akan tanye...

Guard :  "korang nie nak yang basah-basah atau yang kering-kering?"
Guy    : "mesti la nak yang kering-kering coz dah pakai baju cantik...hehehe"
Guard : " cam tue korang boleh ambik yang RM6 atau RM9....

Carta Gua Tempurung

Shida ambik pakej yang RM9 sebab die mengambil masa 1jam 45minit tapi kalau ambik yang RM6 just 40minit jer...takot tak puas jalan-jalan dalam Gua tue...hehehe...

Bagi korang yang nakkan sesuatu yang advanture better uoll ambik yang RM22..memang best!!korang akan redah keseluruh Gua tue...kire korang memang akan basah kuyup....tak der sikit pun kering!!tapi syaratnya pakai baju sukan.....jangan ikot macam shida and kawan-kawan shida taw...masuk gua pakai wages gitu!!hahaha


Depan kaunter ticket dan bersama Guard Gua

bergambar sebelum masuk....

Pintu Masuk Gua


keseronokan kami tergendala sebentar setelah abang guard tue bagi taw gua nie kena mendaki setinggi 1300 anak tangga...wow??jogging pon malas nie nak mendaki anak tangga...tangga die memag amat cerun sampai mengigil nak naik sebab boleh nampak kebawah......

Tapi tue semua tidak mematahkan semangat kami...semua tue adalah kenangan abadi antara shida bersama kawan-kawan yang sangat shida rindu....bertapa lama nak tunggu peluang berjumpa dengan diorang dan ini adalah peluang keemasan untuk menghabiskan masa bersama mereka....

Gambar serta Bentuk yang ada di dalam Gua


1300 anak tangga dan perjalanan yang sangat cerun

bentuk kepada serigala di dinding gua....sure real !!

bentuk dolpin..just kepala jer..hehehe

Banyak bentuk yang shida jumpe tapi shida tak dapat nak tunjuk sebab kurang jelas....dalam Gua tue memang gelap and lampu pun jarak-jarak...tapi boleh tengok la...cuma nak tangkap gambar tue kurang jelas je...hehehe...shida harap korang semua pergi la serbu ker Gua Tempurung nie semperna cuti sekolah...abiskan masa bersama keluarga dan kawan-kawan...memang best......


diorang yang paling shida rapat sangat masa di smadi...memang happy go lucy!!
tempat nie satu-satunya yang mempunyai hawa dingin...die ada air-corn...seronok dok bawah nie!!
duduk la berapa jam kat situ memang best...



bile ada tempat yang berangin...semangat nak bergambar mula membuak-buak taw....sebab badan memang dah berpeluh tapi bile kena angin sipu-sipu dalam gua nie mula la nak baring tidur pun ada...sepanjang gua nie memang panas...cuma disini saja yang ada angin...teruja tak??

aku dan zilla...( kami gelar die puntianak sebab suara nyaring sangat,nasib ko cantik...hehehe)

aida dan fara...kaki lawak, kalau masuk maharaja lawak mesti johan!!otak giler bile bertemu mula lawak giler akan terhasil...hahaha

aku, zilla and ayuz...kami memang sangat-sangat rapat...banyak rahsia yang kami kongsi...banyak perkara yang kami lakukan bersama... :')


aida (merah) kenal just 3bulan jer masa kat smadi..alhamdullilah...akhirnya dapat jugak jumpe...bertahun-tahun berpisah....hehehe


Selepas shida and kawan-kawan keluar dari Gua Tempurung..kemana hala tuju kami??hehehe....25km kehadapan ada apa......?

nak tahu??

nak ker tahu??

tunggu entry seterusnya....entry terakhir visit perak shida bersama student smadi.....



p/s : maaf sekiranya entry bersambung...tapi sekadar berkongsi cerita dan pengalaman......































Thursday

Reunion Smadi


Assalamualaikum.....

Entry kali nie memang sangat-sangat seronok dimana shida berkumpul balik dengan kawan-kawan sekolah setelah sekian lama tak berjumpe,maybe sekitar dalam 7 tahun..... :')

Alhamdullilah, segala plan yang kami rancang berjalan dengan lancar...walaupun hanya 8 orang saja yang dapat bersama.....selebihnya tidak dapat bersama kerana tugas kepada negara...hahahaha...

Plan percutian yang shida dan kawan-kawan rancang tidak la sangat adventure, tapi sekadar hiburan bersama.... :) mungkin selepas perjumpaan ini shida harap mengiratkan lagi silatulrahim dan akan kekal bersama sebagai kawan sejati.....dunia dan akhirat!!

Gua Tempurung

kami just ambik ticket for not advanture jer...RM9 for yang kering-kering jer tapi kalau korang nak yang basah kuyup boleh la ambik RM11 atau pun RM22...tapi shida syorkan korang ambik laa yang RM22 sebab die memang best,semua aktiviti ada...redah la segala ulu banat dalam tue...memang advanture la kan?kami ambik yang simple-simple jer...tue pun YA ALLAH!!memang penat sangat-sangat sebab kena mendaki 1300 anak tangga taw.... :')


sebelum masuk gua nie,ada gua comel kat depan tue...so nak menunjukkan kite dah sampai ker gua tempurung laa....hehehe




Ticket

kenapa ticket kami warna hijau?sebab kami ambik sampai cik point ke-2...so yang kering-kering jer...kalau warna oren bermakna die akan meredah segala ulu banat la...ikot suke korang laa erk...janji happy!!!

Bekalan dan Transport

kami naik 2 biji kereta jer...so bajet kami pon kecik jer dan jimatt
makanan kami just westernfood bersama nasi goreng!!sedap taw...sampai berterabur meja makan!!sebelum shida mendaki,memang tak makan pun dari rumah sampai pintu masuk...kire pose laa...lepas keluar dari gua 2 apa lagi zappp la capai makanan...kire kebulur laa...
: D


nak taw selepas nie kami kemana?
tunggguuuuu 

bersambung......





p/s : time tungg balik umah sebab update time free and kjer tak der....










Monday

Testomonia FeLLina Beauty



                                                السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ



Syukur ke hadrat illahi kerana diberi peluang merasai tahun baru sekali lagi...sebelum tue shida nak imbas balik tentang Produk kecantikkan yang pernah shida promosi kan dulu....ingat tak??hehehe

Setakat ini ramai yang ingin dan tertarik untuk mencuba menggunakan produk Beauty Care...iaitu Fellina Beauty....pernah dengar tak?produk melansingkan badan dengan sekadar memakai lotion sahaja....???

Tapi, masih ramai yang was-was tentang penggunaan Inchloss Fellina, tapi shida boleh menyakinkan bahawa ada yang berjaya menguruskan badan dengan menggunakan Inchloss Fellina ini.... :) mungkin korang semua pun tertarik dengan kejayaan diorang....kegigihan dan kerajinan adalah misi setiap orang yang berjaya menggunakan Inchloss Fellina ini...sekiranya tak rajin memang memasang angan-angan di langit jer la...macam mak jenah atau pak pandir...hehehe

Sebelum memasarkan Inchloss ini, kami memastikan produk kami mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia...malah Kelulusan dari Jakim amatlah penting, untuk memastikan produk kami ini Halal dan dijamin semasa menggunaan Inchloss ini... pengasas bagi Inchloss merupakan satu kejayaan yang sangat kite mau kan...betoi tak?sebelum kita nak mulakan memakai sesuatu produk tak kira la jenama apa, mesti kita nak tahu siapa pengasas dia dan sama ada die mengunakan produk nie ke atau tak?berjaya tak?hehehe....


Pengasas Inchloss telah berjaya menguruskan badan dalam mase beberapa bulan tanpa perlu berdiet...perbezaan pipi saja dah menampakkan pengasas nie sudah kurus kan??



salah satu gambar pengasas secara full bersama suaminya....perbezaan badan yang ketara kan??

*****************************

kini, testomonia yang berjaya melansingkan badan dengan menggunakan Fellina sahaja...beberapa bulan saja diorang boleh mengurangkan berat badan tanpa diet...tapi kena rajin pakai erk...jangan celup-celup so memang tak kurus la...jangan salahkan produk but salah sendiri kerana tidak berikhtiar....hehehee







Mereka telah berjaya menggunakan Inchloss dengan penurunan badan yang diingini tanpa memikirkan rutin makan...so menguruskan badan tanpa memikirkan diet,dimana makan lah banyak mana yang korang nak makan...tetapi perlulah rajin menggunakan Inchloss ini...insyallah korang akan berjaya seperti diorang....

PERTUA PENTING SEBELUM MENGGUNAKAN FELLINA

sebelum menggunakan Fellina ada beberapa perkara yang shida nak kongsikan bersama dimana korang semua perlulah mengikuti langkah-langkah ini supaya korang semua mendapat berat badan yang diingini....shida harap korang berjaya....

  1. Bila korang dah beli produk ini, so pastikan korang tidak melangkah botol ini...kerana Fellina telah membaca bacaan ayat al-quraan...bertujuan untuk memastikan produk ini sangat mujarab dan berjaya...alhamdullilah!!
  2. Sebelum memakai produk ini...pastikan korang ukur lemak terkini korang sebelum menyapu ke tempat lemak tersebut...untuk memastikan sama ada kurang 1 inch atau tak....tapi insyallah pasti akan kurang 1inch.....korang check selepas 1-2jam selepas pakai....
  3. Semasa menyapu lotion nie...pastikan lawan arah jam erk...untuk mendapatkan kesan yang cepat berbanding dengan sapuan mengikut arah jam....
  4. Masa yang lebih bagus adalah 1 hari 2 atau 3 kali pakai dalam sehari...tapi kalau nak lebih super duper...pakailah sebelum tidur...kerana bangun pagi esok  cuba check mas buang air besar...boleh nampak lemak-lemak berlebihan keluar tanpa rasa memulas atau pedih perut...
  5. Jauhkan diri anda dari makanan yang berlemak, berminyak dan terlalu manis dan masin serta pantang AIS tidak boleh buat sementara ini.....

****************************************************

KELEBIHAN SELAIN ITU



korang mesti hendak dagu macam nie kan?cuma pakai Fellina saja dah dapat dagu bujur sirih macam nie...suka tak??suka kan....Tips utk dapat pipi kurus, runcing dan ada shape ala-ala maya karin.. =)



1. Picit inchloss dalam kuantit yg sikit tak perlu banyak-banyak...sikit dah berbaloi2

2. Sapu pada bahagian bawah pipi, tulang pipi. Sapu secara ke atas.kalau sapu ke bawah nanti pipi jadi jatuh..kalau ke atas pipi jadi keatas....kalo senyum naik je dua biji pipi tu.hehe...comel kan

3. Urut perlahan-lahan kasi serap..

4. Lepas tu da boleh zzZZzzzz dengan lenanya sebab rasa panas+sejuk je..

5. Lepas bangun esok tu boleh cuci muka macam biasa....tak ada side effect pada kulit.sebab tak ada bahan kimia berbahaya.dan lagi rasa lembut ade lerrr

6. Yang nk sapu bawah dagu pon boleh...sebab ada yang dagu 2,3,4 lapis pon ada sebab terlebih lemak kt situ.





Sekiranya korang berminat dan tersentuh hati dengan hasil produk kami...so shida alu-alu korang untuk mencuba produk ini dan merasakan bersama kejayaan seperti mereka....insyallah!!yang penting kerajinan dan ketekalan dalam mengunakan produk nie...hehehe....nak cantik perlu rajin dan jangan malas-malas erk...sebagai wanita,kecantikan tidak dapat dipisahkan.....

jadi kepada sesiapa yang hendak membuat tempahan boleh la terus ke email shida......atau contack jer

  1. serunai_shidaz90@yahoo.com
  2. 017-5280661 (just sms sahaja...calling tidak di layan)
  3. serunai_shidaz24@hotmail.com
  4. fb shida pon boleh......http://www.facebook.com/rashida.ahmadhazran
  5. twiter???...nnt la...jrg on9...hehehe......



ok...selamat mencuba... :)